​
Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan

Rabu, 05 Maret 2014

Bangga Gambar Bogelnya Dimuatnaik Dalam Twitter Miliknya Kerana Sukakan Seni


Bangga Gambar Bogelnya Dimuatnaik Dalam Twitter Miliknya Kerana Sukakan Seni
Kaherah : Sejak bergambar bogel dalam internet, nama bloger dari Mesir yang juga bekas penuntut universiti berusia 20 tahun, Aliaa Magda Elmahdy terus menjadi sebutan bukan sahaja di Asia Barat malah hingga ke peringkat antarabangsa yang terkejut dengan keberaniannya berbuat demikian.
Selain menerima kecaman dan makian, twitter milik gadis berkenaan telah dikunjungi lebih sejuta kali sementara jumlah pengikutnya pula meningkat dengan mendadak dari hanya beberapa ratus kepada 14,000 orang.
Tindakan beraninya yang tidak bermaruah itu terutama bagi gadis yang dibesarkan di sebuah negara konservatif Islam turut mendapat liputan media antarabangsa.
Aliaa yang menyifatkan dirinya sebagai tidak beragama, telah menetap bersama teman lelakinya, Kareem Amer sejak lima bulan lalu.
Kareem, pada 2006 telah dipenjarakan selama 4 tahun kerana mengkritik Islam dan memfitnah bekas Presiden Hosni Mubarak.
Dalam temubualnya dengan CNN, Aliaa memaklumkan dia bersetuju bergambar bogel dan memuatnaik dalam twitternya kerana dia tidak mahu menjadi seorang wanita dalam masyarakat yang disifatkannya hanya menjadikan wanita sebagai objek seks semata-mata.
“Ia adalah satu ekspresi terhadap diri saya. Saya berbogel kerana ini dilihat dari sudut yang berbeza dan saya juga sukakan seni dan saya juga bukan orang yang percaya bahawa kita perlu berkahwin semata-mata untuk mendapat anak,” katanya.
Ditanya bagaimana perasaan kedua-dua ibu bapanya yang beragama Islam mengenai penampilan bogel dan menetap bersama teman lelaki tanpa berkahwin, Aliaa berkata, kali terakhir dia bercakap dengan mereka ialah 24 hari lalu.
“Mereka ingin menyokong saya namun mereka menuduh Kareem telah memanupulasi saya sedangkan dialah yang memberikan sokongan padu. Saya berhenti daripada Univerisiti Amerika di Kaherah selepas ibu bapa saya berusaha mengawal hidup saya dengan mengancam tidak akan membayar yuran universiti,” katanya.
Dia juga mendakwa bapanya sentiasa benci melihat cara dia berpakaian selama ini.
Ketika ditanya sama ada dia mengamalkan seks yang selamat, Aliaa tanpa malu dan segan menyatakan dia tidak mengambil sebarang pil kerana dia anti pengguguran.
Malah dia dengan bangga menyatakan kehilangan dara ketika berusia 18 tahun dengan lelaki yang dicintainya yang 40 tahun lebih tua daripadanya.
Aliaa yang menerima ugutan sejak menyiarkan gambar yang tidak bermaruah itu berkata, dia tidak takut dan sanggup hidup dalam bahaya. – Kongsi Berita
{ Read More }


Senin, 24 Februari 2014

Facebookers Hina Islam Guna Gambar Palsu

Facebookers Hina Islam Guna Gambar Palsu?

BARU-BARU ini kecoh apabila seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Sally Yen didapati memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Namun sumber mendapati gambar profilnya dipercayai palsu.
Dikatakan gambar tersebut adalah gambar seorang gadis di China.
Ia pernah diambil oleh seorang jurufoto dari negara itu yang bernama Wetang.
Bukan saja gambar profil, identiti pemilik akaun Sally Yen juga sebenarnya ‘diragui’.
Menurut modus operandi yang dibuat, tidak mustahil ia adalah kerja tentera siber Red Bean Army yang kini menjadi perhatian pihak berkuasa.
Semoga ‘Sally Yen’ ini dapat diberkas dan dibawa ke segera ke muka pengadilan.
Kita nak tahu siapa dia sebenarnya!
sally-yen-hina-islam
{ Read More }


Kamis, 20 Februari 2014

Wow Restoran McdonaldS Terbesar Di Dunia 8 Gambar



Mari lihat beberapa gambar daripada restoran McDonalds yang paling besar di dunia. Restoran ini terletak di 200 meter daripada stadium Olimpik utama di Stratford, timur London. Ianya mempunyai keluasan 3000 kaki persegi dan mempunyai sebanyak 1500 tempat duduk untuk pelanggan serta memerlukan sebanyak 500 pekerja dan sebanyak 200 pekerja akan bertugas pada satu shift.

Tertanya-tanya juga, berapa banyakkah lebihan makanan yang akan terbuang daripada restoran ini selama enam minggu acara sukan Olimpik berlangsung.









{ Read More }


Senin, 23 Desember 2013

Guru Dtangkap Kerana Membunuh Dan Makan Daging Manusia gambar

Ahad, 15 Julai 2012

pic source: wazaap.com
Pihak berkuasa telah menahan 29 orang termasuk seorang guru berusia 50 an dan budak lelaki berusia 13 tahun yang dituduh sebagai sebahagian daripada kultus kanibal di kawasan pedalaman hutan Papua New Guinea dan mendakwa mereka dengan pembunuhan tujuh doktor yang disyaki ahli sihir, kata polis Jumaat.

Komander Polis Madang, Anthony Wagambie mengesahkan laporan dalam akhbar  yang berkata ahli-ahli kultus didakwa makan otak mangsa mentah-mentah dan  zakar mereka dimasak sup.

"Mereka tidak fikir mereka telah melakukan sebarang kesalahan, mereka mengakui apa yang mereka telah dilakukan secara terbuka," Wagambie memberitahu The Associated Press melalui telefon.

Beliau berkata pembunuh percaya bahawa mangsa mereka mengamalkan "sanguma," atau sihir, dan bahawa mereka telah meminta wang serta menuntut seks daripada penduduk kampung miskin untuk perkhidmatan supernatural mereka.

Dengan memakan organ doktor ahli sihir, ahli-ahli kultus percaya mereka akan mencapai kuasa luar biasa dan kalis peluru, katanya.

"Ia adalah aktiviti pemujaan lazim," kata Wagambie. Beliau berkata beliau percaya mungkin ada di antara 700 dan 1,000 ahli kultus di beberapa kampung di kawasan pedalaman terpencil Papua New Guinea di sebelah timur laut. Kesemua mereka mungkin telah makan daging manusia, katanya.

pic source: wazaap.com
Menurut laporan dalam Negara, yang diterbitkan di Papua New Guinea, 28 lelaki dan wanita muncul di mahkamah pada Selasa. Wagambie berkata mereka didakwa membunuh dengan sengaja.

Ia tidak jelas apa yang berlaku kepada suspek ke-29. Pembunuh boleh dihukum mat di Papua New Guinea, sebuah negara miskin di pulau Pasifik Selatan.

Polis akan mengumpulkan lebih banyak kenyataan saksi sebelum mengenakan caj yang berkaitan dengan dakwaan karnibalisme, katanya.

Kanibalisme adalah sebahagian daripada budaya tradisional di Papua New Guinea, di mana daging manusia yang dikenali sebagai "babi panjang,"

Wagambie, 36, berkata beliau tidak pernah mendengar kes terdahulu kanibalisme dalam hidupnya.

Beliau menjangkakan polis akan membuat sekitar 100 tangkapan hujung minggu bagi jenayah yang berkaitan dengan kultus-.

Empat daripada tujuh mangsa telah dibunuh minggu lepas, Wagambie berkata, sambil menambah bahawa tiada saki baki tubuh manusia yang di temui

"Mereka semua mungkin dimakan," katanya. huffingtonpos
{ Read More }


Kamis, 19 Desember 2013

Gambar Perkahwinan Diraja Tengku Amalin Aishah Putri Pengiran Muda Abdul Qawi Selamat Diijabkabul

Jutaan tahniah diucapkan kepada psangan diRaja Tengku Amalin Aisyah Putri dan Pengiran Muda Abdul Qawi diatas perkahwinan baginda.Pasangan Diraja telah selamat diijabkabul pada 27 Jun 2013 di Istana Mahkota Kubang Kerian.

pengantin diraja brunei dan kelantan
YAM Tengku Amalin Aishah Puteri merupakan adinda bongsu DYMM Sultan Mohammed V manakala YAM Pangiran Muda Abdul Qawi pula merupakan anakanda kedua DYMM Paduka Seri Pangiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah

 Lagi gambar majlis perkahwinan YAM Tengku Amalin

majlis perkahwinan diraja brunei dan kelantan 

tengku-amalin (1) tengku-amalin
  tengku-amalin2

  tengku-amalin3


Cantik dan ayu YAM Tengku Amalin.Semoga perkahwinan baginda berkekalan hingga akhir hayat.sekali lagi tahniah kami ucapkan


{ Read More }


Rabu, 18 Desember 2013

Kekasih 12 Jam Ugut Gambar Bogel

Kekasih 12 Jam Ugut Gambar Bogel


Kampar – Seorang pemuda diburu kebimbangan dengan tindakan bodohnya yang menyerahkan gambar bogel kepada wanita yang baru dikenali tidak sampai 12 jam, menyebabkannya menjadi mangsa peras ugut selain dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Wong, 20, mendakwa menjadi mangsa wanita itu selepas berkenalan melalui laman sosial.
Dia yang berasal dari Kranji, di sini, mengenali wanita itu melalui laman sosial VChat awal minggu lalu sebelum saling bertukar maklumat dan berbual di Internet.
“Ketika itu kami membuat perjanjian untuk saling bertukar gambar bogel masing-masing hanya sekadar untuk berseronok.
“Bagaimanapun, selepas saya menyerahkan gambar bogel saya kepadanya, wanita terbabit enggan menunaikan janji menghantar gambar bogelnya sebagai pertukaran,” katanya.
Menurutnya, dia bimbang gambar bogel berkenaan disalahgunakan wanita terbabit jika ia disiarkan di Internet, malah dia lebih khuatir jika perkara itu diketahui ahli keluarganya.
“Walaupun saya merayu kepada wanita berkenaan supaya menyerahkan kembali gambar itu, wanita terbabit memberi pelbagai alasan tidak munasabah,” katanya.
Menurutnya, wanita terbabit menghubunginya dan mengarahkan datang ke bandaraya Ipoh untuk berbincang selain memaksa memuaskan nafsu.
Dia mendakwa wanita terbabit turut memaksanya membayar wang RM500 jika tidak mahu gambar bogel itu disebarkan melalui Internet.
“Saya tambah tertekan apabila seorang lelaki yang mendakwa bapa kepada wanita terbabit tiba-tiba menghubungi saya sebelum memarahi kerana mendakwa saya sengaja menghantar gambar lucah kepada anaknya.
“Dia mengugut akan membuat laporan polis selain turut mengeluarkan pelbagai kata-kata kecaman. Saya tambah tertekan dan hampir membunuh diri kerana terlalu takut,” katanya selepas membuat aduan kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kranji, Chen Fook Chye di sini, semalam.
Menurutnya, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kampar, di sini, selain membuat pemeriksaan jika ada individu tertentu yang membuat laporan berhubung gambar bogelnya. – HMetro
{ Read More }


Selasa, 17 Desember 2013

Gambar Pakai Tudung Tapi Tunjuk Jari Tengah





ENTAH apa sudah jadi dengan anak-anak gadis kita pada masa kini.

Sudah elok-elok pakai tudung sekolah, ambil gambar begini pula.

Ke mana menghilangnya adat sopan dan rasa malu sebagai gadis Melayu dan beragama Islam.




Amboi, kalau lelaki yang buat begini, mungkin orang kata nakal. Tapi kalau perempuan?

Pesanan penulis, di zaman serba-serbi semua hendak disebar ini, tak perlulah nak muatnaik gambar-gambar begini ya. Nanti bukan setakat memalukan diri, tapi bawa sekali nama keluarga dan sekolah…
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

Oleh: ELZA

(Sumber gambar: Facebook Vyrec)
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest