​
Tampilkan postingan dengan label kata. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kata. Tampilkan semua postingan

Senin, 11 Agustus 2014

Agbimuddin dianggap ‘wira’ oleh umat Islam Filipina kata kolumnis


 Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita
March 22, 2013
Komentar kolumnis Neal H. Cruz. 


















    
KUALA LUMPUR, 22 Mac — Agbimuddin Kiram dianggap sebagai lagenda dan wira di kalangan umat Islam Filipina kerana berjaya meloloskan diri dari ditangkap oleh pasukan keselamatan Malaysia, kata kolumnis The Philippine Daily Inquirer.

Dalam kolum “As I see it”, wartawan veteran Neal H. Cruz mengatakan menyukai “raja muda” Sulu dan dakwaan keganasan yang dihadapi warga Filipina di Sabah sama seperti perjuangan kaum Indian dan Afrika di Amerika, yang ditindas oleh pendatang imigran dari Eropah.

Cruz berkata jika Agbimuddin ditemui mati, ketua militan itu akan disanjung lebih hebat.  
Beliau berkata Presiden Filipina Benigno Aquino III perlu dipersalahkan, kerana sikapnya mengenai krisis Sabah “mengundang kemarahan”.

“Beberapa tahun dari sekarang, cerita Kesultanan Sulu dan wira-wiranya akan tersebar, tentang bagaimana mereka ditindas oleh kerajaan Malaysia dan FIlipina dan cerita itu akan berterusan zaman berzaman,” kata kolumnis itu dalam tulisannya.
“Sebuah buku akan ditulis tentang mereka, sebuah filem akan difilemkan tentang mereka, sama seperti sejarah Indian dan Afrika di Amerika pada masa lalu.”

Agbimuddin dan 235 pengikutnya dikepung dalam pertempuran ganas dengan ribuan anggota keselamatan Malaysia yang mempunyai senjata berat, jet pejuang, kereta kebal dan bom dalam 18 hari selepas Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu.

Agbimuddin, “raja muda” dan adik kepada Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya sebagai Sultan Sulu, mendarat di Sabah untuk merampas semula negeri yang didakwa miliknya empat abad lalu, berjaya melarikan diri walaupun dikepung hebat oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan dari sumber risikan Malaysia semalam, pemimpin puak bersenjata itu berjaya melarikan diri dari Sabah pada 11 Mac dan ke satu pulau di selatan Filipina untuk melarikan diri dari ditangkap pihak berkuasa Filipina.
Laporan menunjukkan 63 pengikut Agbimuddin dibunuh, dan yang lain sama ada melarikan diri pulang ke Filipina atau menyembunyikan diri di Lahad Datu.

Cruz berkata pertempuran harus ditamatkan, dan Putrajaya serta Manila harus bertemu dengan Sultan Sulu untuk menamatkan krisis ini.
“Membunuh dan mempenjarakan pengikut Sultan tidak akan menyelesaikan masalah tetapi memburukkan keadaan, jadi mereka perlu berbincang,” katanya lagi.
Beliau berkata pentadbiran Aquino tidak mengendahkan keluarga Kiram dari mula walaupun presiden itu berkata beliau sudi untuk berbincang dengan keluarga tersebut.

Cruz mengingatkan mengenai surat yang dihantar oleh keluarga Kiram kepada Aquino apabila beliau mula-mula memegang jawatan presiden pada 2010, dan meminta Aquino membantunya tentang tuntutan Sabah. “Tetapi Malacanang mendakwa surat tersebut hilang,” katanya lagi.
“Hilang atau tak ambil peduli? Pegawai kerajaan tidak mahu bercakap dengan beliau (Sultan), sebaliknya bercakap dengan adiknya, yang tidak boleh membuat apa-apa keputusan.

“Jika tidak mahu ke rumahnya di Taguig, kenapa tak berikan mereka tambang teksi ke Malacanang supaya mereka boleh berbincang?”
Cruz menyambung dengan berkata walaupun presiden mengatakan keinginan untuk “berbincang”, tetapi pihak berkuasa Filipina menahan pengikut Kiram dan mendakwanya di mahkamah.

Cruz berkata penahanan 36 individu di bot ketika di pesisiran pantai Filipina, dan mendakwa lapan warga Filipina kerana keganasan di Sabah.
“Warga Filipina, dibawah pemerintahan Presiden Aquino, kini tersepit antara dua pihak,” katanya yang berkata jika mereka terus tinggal di Sabah atau pulang, mereka akan ditahan dan dihukum.
“Jadi, apa yang mereka boleh buat? Ada yang akan terus tinggal di situ dan mati dalam pertempuran, membunuh beberapa rakyat Malaysia, dan bertemu bidadari di alam barzakh,” katanya lagi. TMI
{ Read More }


Jumat, 31 Januari 2014

Dr M kata jika Sabah dan Sarawak hilang beberapa kerusi parlimen Kedah boleh bantu Macamana

Mukhriz: Tiada lagi isu sabotaj dalam Umno Kedah
Malaysiakini Mac 17 2013
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yakin isu sabotaj tidak lagi menjadi masalah Umno Kedah dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Jentera Umno Kedah juga kini bersedia sepenuhnya dan kini menunggu perdana menteri untuk mengumumkan pembubaran parlimen, katanya seperti dipetik dalam laporan Mingguan Malaysia.

"Kepemimpinan di semua peringkat negeri ini sudah bertekad untuk memenangkan BN dan saya ingat masalah itu (sabotaj) tidak akan timbul lagi," kata Mukhriz seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Isu sabotaj berkenaan mula dikesan sejak Mei tahun lalu apabila pengerusi Umno negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menolak spekulasi bahawa timbalannya itu akan menjadi menteri besar Kedah.

Katanya, spekulasi itu hanya ditimbulkan pihak luar untuk memecah-belahkan Umno negeri.

Beberapa bulan selepas itu, timbul pula tinjauan tinjauan Universiti Utara Malaysia yang menyebut bahawa anak kepada bekas perdana menteri itu merupakan pilihan ramai sebagai bakal calon menteri besar Kedah.

Kajian berkenaan membandingkan peluang Mukhriz dan tiga lagi pemimpin Umno Kedah – ketua perhubungannya Ahmad Bashah, ketua penerangan Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan ketua pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ahmad Bashah kemudiannya pada September tahun lalu mengalah apabila berkata beliau tidak akan terkilan sekiranya tidak dipilih semula sebagai calon pilihan raya.

Beliau yang mewakili DUN Bakar Bata selama empat penggal berkata, beliau menyatakan demikian dengan "ikhlas".

"Yang penting kita jangan khianati parti dan pucuk pimpinan," katanya.

Isu sabotaj itu turut mendapat perhatian Mahathir yang berkata anggota  perlu memberi sokongan kepada calon yang bertanding atas nama Umno dan tiket BN.

"Jangan terlalu cepat menolak mana-mana calon yang diputuskan bertanding," ujarnya dalam satu majlis bersama pemimpin Umno Kedah itu pada Disember tahun lalu.

Mahathir ketika mengulas mengenai isu perebutan jawatan menteri besar berkenaan beberapa hari lalu berkata, soal berkenaan tidak akan menjejaskan BN kerana anggota parti tersebut menurutnya sudah diberi peringatan.

"Ada pula orang tanya berkaitan anak saya (Mukhriz) adakah dia calon MB. Saya kata biarlah dia bertanding dulu, DUN atau Parlimen, tidak mengapalah," katanya.

Bercakap dalam satu lagi pertemuan dengan warga Kedah semalam, Mahathir membayangkan bahawa BN Kedah mampu menawan 11 daripada 15 kerusi Parlimen serta kembali mentadbir negeri itu.

Menurutnya, kemenangan di negeri itu akan membantu BN mengembalikan majoriti dua pertiga tanpa  bergantung kepada kubu kuat BN iaitu Sabah dan Sarawak.

"Dulu kita pernah menang 14 daripada 15 kerusi parlimen di Kedah. Entah macam mana, kita hilang 11 kerusi pada 2008.

"Kita masih ada upaya merampas kerusi itu semula. Jika Sabah dan Sarawak hilang beberapa kerusi kita masih boleh bantu," katanya seperti dilaporkan Berita Minggu.
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest