TAHUKAH anda, pada 2011, Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik.
Punca utama obesiti pastinya disebabkan oleh pengambilan gula yang tinggi iaitu purata 51 gram melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.
Mana tidaknya, daripada 2,004 sampel makanan yang dianalisis pada tahun 2010, 5.4 peratus bersamaan 108 sampel di
dapati melanggar standard bahan pemanis yang telah ditetapkan kerajaan.
Kita sedia maklum bahawa obesiti mampu membawa diri kita ke ‘lembah’ penyakit.
Namun tanpa kita sedari, kanser payudara adalah salah satu penyakit yang disebabkan oleh obesiti di mana kebanyakan pesakit adalah daripada kalangan mereka yang cenderung dengan pengambilan gula yang tinggi serta mengalami obesiti.
Kanser payudara menjadi penyerang utama rakyat negara ini berbanding empat jenis barah utama lain, termasuk usus dan paru-paru.
Mengikut statistik Kementerian Kesihatan bagi tahun 2011, kes barah payudara adalah 18.1 peratus berbanding kanser usus (12.3 peratus), paru-paru (10.2 peratus) nasofarinks (5.2 peratus) dan servik (4.6 peratus).
Penghidap obesiti seharusnya melihat perkara ini secara serius. Dalam kajian yang dibuat, penyelidik mendapati mereka yang mengalami obesiti dan berjaya mengurangkan berat badan turut sama menurunkan risiko kenser payudara sebanyak 50 peratus.
Harus diingatkan, kanser payudara bukan hanya menyerang golongan wanita, malah lelaki juga.
Oleh: HARITS ASYRAF
Tidak ada komentar:
Posting Komentar